Berkelah di tepi pantai.

Pada hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga saya telah pergi berkelah di tepi Pantai Sri Tujoh.Kami bertolak selepas selesai bersarapan pagi.

Semasa sampai di sana saya lihat ramai orang datang berkelah.Masing masing membawa makanan ,minuman,tikar dan ada juga yang membawa pelampung. Setelah tikar dibentang ,ibu meletakkan makanan dan minuman yang kami bawa di atasnya.Saya dan adik pergi berenang di pantai setelah meminta izin dari ibu.Ayah telah menemani saya dan adik berenang di dalam air kerana kami masih lagi kecil.Setelah puas bermain di dalam air, kami naik untuk bermain bola pantai bersama-sama dengan ayah dan ibu. Sejam kemudian ,perut kami berasa lapar.Kami makan makanan yang disediakan oleh ibu.Apabila waktu menghampiri tengahari kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah.Kami memungut sampah sarap serta membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan sebelum pulang.Saya berasa sungguh seronok kerana dapat berenang dan bermain di situ.Saya akan datang berkelah di sini lagi jika ada peluang di masa hadapan.

5 comments:

  nivethan

July 29, 2017 at 4:52 AM

Super

  Unknown

July 31, 2018 at 4:49 AM

bagus!

  Unknown

June 20, 2019 at 4:39 AM

Karangan yg terbaik...

  Unknown

August 2, 2019 at 8:18 PM

Nice

  Unknown

January 18, 2020 at 10:00 PM

Tq ❗