Aku ikan emas.

Aku ikan emas.Sisik aku berwarna kuning seperti emas.Mata aku besar dan bulat.Aku seekor ikan yang comel.Aku tinggal di dalam balang yang cantik bulat bentuknya.Makanan kegemaraan saya ialah cacing dan makanan ikan. Aku dibeli di sebuah kadai binatang peliharaan dengan harga RM25.00.Pada mulanya saya berasa sedih kerana terpaksa mininggalkan sahabat sahabat aku.Tetapi saya rasa gembira kerana tuan saya baik hati.Aku juga dijaga dengan baik.Air di dalam balang aku sentiasa bersih.Aku juga kenyang kerana tuan saya memberi aku makan Tuan aku suka melihat aku berenang ke sini ke mari.Kehidupan aku di dalam balanng menggembirakan sekali.Kalau tuan saya tiada di rumah saya berasa sunyi.Aku akan kembali ceria apabila melihat tuan aku.Aku aka mari ke sana ke mari dengan riangnya.Tuan aku juga keletihan dan juga gembira me4lihat telatah aku.Dia selalu mendekatkan mukanya di balang saya. Kehidupan saya gembira sekali.Tuan akan menjaga aku dengan kasih sayang.Aku amat sayang kepadanya.

Kegunaan pokok kelapa

Kelapa ialah pokok seribu guna.Kita boleh mengambil nira daripada mayangnya.Air kelapa muda sedap diminum,manakala isinya pula lembut sedap diratah. Isi kelapa tua boleh dibuat santan.Santan pula boleh dibuat kuih dan memasak. Lidi pokok kelapa boleh dibuat peyapu.Kelapa yang dikeringkan boleh dibuat minyak masak.Tempurungnya boleh dibuat tabung dan barang perhiasan. Sabut kelapa boleh dibuat tali manakala daunya boleh dibuat ketupat.Batangya pula boleh dibuat jambatan dan bahan api.

Berkebun sayur

Kebun sayur Pak Abu luasnya setengah hektar.Pak Abu menanam pelbagai jenis sayur sayuran di kebunnya. Sayur sayuran itu ialah sawi,kubis,petola,cili,kacang panjang dan ubi keledek. Pak Abu sedang mencangkul batas.Sesudah itu ditaburnya baja.Pak Abu dan Hilmi sedang menanam benih kacang panjang.Penyembur air automatik di pasang di sekitar kebun sayur.Peyembur itu menyiram sayur sayurannya pada masa tertentu.

kegunaan pokok kelapa

Pokok kelapa merupakan pokok seribu guna.Kita dapat nira daripada mayangnya.Air buah kelapa muda sedap diminum,manakala isinya pula lembut sedap diratah. Isi kelapa tua pula boleh diparut untuk dijadikan santan.Santan digunakan untuk membuat kuih atau memasak.Kelapa yang dikering boleh dibuat minyak masak. Daun pelepahnya boleh dibuat pembungkus ketupat.Sabut kelapa boleh dibuat tali,manakala tempurungnya boleh dibuat tabung dan barang hiasan.Lidinya boleh dibuat penyapu. Batangnya pula boleh dijadikan jabatan atau sebagai bahan api.

Kucing saya

Saya ada memelihara seekor kucing. Saya namakannya Si Tompok kerana ia berbulu kuning, putih dan hitam .Saya telah memelihara Si Tompok sejak kecil lagi. Setiap hari saya beri kucing saya minum susu dan nasi bercampur ikan rebus. Pada masa lapang saya selalu bermain dengan Si Tompok .Si Tompok suka dibelai badannya atau didukung. Setiap kali saya balik dari sekolah, Si Tompok akan berlari-lari mendapatkan saya.Saya mendukung Si Tompok dan menyapu nyapu kepalanya.Si Tompok juga selalu mengekori saya di mana sahaja saya berada ketika di rumah.Saya sangat sayang Si Tompok.

Berkelah di tepi pantai.

Pada hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga saya telah pergi berkelah di tepi Pantai Sri Tujoh.Kami bertolak selepas selesai bersarapan pagi.

Semasa sampai di sana saya lihat ramai orang datang berkelah.Masing masing membawa makanan ,minuman,tikar dan ada juga yang membawa pelampung. Setelah tikar dibentang ,ibu meletakkan makanan dan minuman yang kami bawa di atasnya.Saya dan adik pergi berenang di pantai setelah meminta izin dari ibu.Ayah telah menemani saya dan adik berenang di dalam air kerana kami masih lagi kecil.Setelah puas bermain di dalam air, kami naik untuk bermain bola pantai bersama-sama dengan ayah dan ibu. Sejam kemudian ,perut kami berasa lapar.Kami makan makanan yang disediakan oleh ibu.Apabila waktu menghampiri tengahari kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah.Kami memungut sampah sarap serta membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan sebelum pulang.Saya berasa sungguh seronok kerana dapat berenang dan bermain di situ.Saya akan datang berkelah di sini lagi jika ada peluang di masa hadapan.

Pekerjaan Saya

Saya dikenali sebagai Cikgu Kamil .Kini ,saya berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim sebagai guru besar .

Pada setiap hari Ahad ,saya akan memberi ucapan kepada para murid di perhimpunan .Ucapan tersebut menyentuh tentang kebersihan ,disiplin , kemajuan pelajaran dan menyampaikan hadiah kepada murid yang cemerlang dalam bidang masing masing.
Selain itu,saya juga mengajar murid tahun tiga dan enam bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.Tugas saya sebagai guru besar sangat sibuk dan mencabar.Oleh itu,saya dibantu oleh dua orang guru penolong kanan.
Saya mempunyai tanggunjawab yang sangat berat bagi memastikan setiap pelajar sekolah saya berjaya di dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.Namun,saya tetap berusaha untuk melaksanakannya dengan baik.

Cita-cita saya

Apabila sudah dewasa, saya bercita-cita menjadi seorang doktor gigi. Saya perlu belajar dengan bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita tersebut.Tugas sebagai seorang doktor gigi bukanlah semudah seperti yang disangka oleh ramai orang. Saya perlu merawat pesakit dan memastikan mereka sembuh dengan sempurna.

Saya ingin menjadi doktor yang baik.Saya akan melayan dan merawat pesakit dengan sebaik mungkin.
Ibu bapa serta rakan-rakan banyak memberi galakan serta dorongan kepada saya. Selain itu,guru juga banyak membantu serta memberi semangat kepada saya agar belajar bersungguh sungguh .Saya berasa sungguh gembira jika saya dapat mencapai cita cita saya itu.Saya akan memberi penghargaan yang sewajar kepada ibu bapa, guru-guru serta rakan-rakan yang telah banyak membantu.